Ada beberapa pilihan simpanan wang masuk  yang marketiva sediakan untuk para pelanggan. Sila periksa:
untuk maklumat lebih lanjut. Matawang digital adalah diautomasikan jadi  kamu akan dapat melihat dana kamu dalam akaun Marketiva kamu  serta-merta. Sila pastikan kamu mengikuti prosedur mereka sehingga akhir  selengkapnya untuk memastikan mereka memberikan maklumat yang betul  kepada kami tentang simpanan wang masuk kamu. 
Deposit guna LR: sila ke laman
sekiranya kamu hendak meyimpan dana menggunakan Liberty Reserve. Kamu  mesti mempunyai akaun Liberty Reserve, yang boleh dibuka di laman  www.libertyreserve.com. Simpanan menggunakan Liberty Reserve adalah  serta-merta. 
Marketiva  menyediakan pilihan membuat simpanan wang masuk menggunakan pindahan  bank, ianya adalah cara pembayaran yang paling universal terdapat di  mana-mana bank seluruh dunia. Untuk menggunakan cara ini kamu perlu  mengesahkan akaun Marketiva kamu terlebih dahulu, kemudain kamu perlu  hantar borang di halaman
Kemudian kamu perlu pergi ke bank kamu dan memulakan transaksi yang sama  seperti yang kamu hantarkan melalui borang dalam talian.
Tak boleh deposit dari akaun kawan atau  orang lain: tanpa mengira cara deposit yang kamu pilih, sumber dana itu  mesti selalu sama dengan nama yang disenaraikan di akaun kamu. Ini  adalah selaras dengan undang-undang dan peraturan Anti-Pencucian Wang  antarabangsa (AML- Anti-Money Laundering).
Withdrawal atau pengeluaran wang:  Marketiva menyediakan beberapa pilihan untuk pengeluaran dana pelanggan.  Sila lihat
untuk keterangan lebih lanjut tentang cara ini. Marketiva juga  membenarkan pengeluaran ke akaun matawang digital yang kamu pernah pakai  untuk membuat simpanan wang masuk. proses pengeluaran tidak  diautomasikan, untuk tujuan keselamatan, tetapi biasanya ianya akan  mengambil masa 6 hingga 24 jam untuk ditunaikan.
Tidak kira semada pelangan menggunakan  ganjaran $5 atau membuat deposit tambahan untuk membuat keuntungan, dia  boleh mengeluarkan semua dana pada bila-bila masa.
Jika kamu membuat simpanan deposit dana  menggunakan beberapa cara yang berbeza maka kamu mesti mengeluarkan dana  kamu mengikut perkadarannya. Sebagai contoh, jika kamu menyimpan masuk  wang sebanyak $100 melalui WebMoney dan $500 menggunakan pindahan bank,  dan kamu mendapat keuntungan sebanyak $400, maka kamu boleh mengeluarkan  $100-$500 ke WebMoney dan $500-$900 menggunakan pindahan bank.
Pengeluaran minima: Hanya satu syarat  untuk amaun pengeluaran iaitu baki akaun kamu mesti melebihi yuran  pengeluaran. Sila periksa
untuk maklumat lanjut tentang bayaran pengeluaran.
 
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Catatan: Hanya anggota dari blog ini yang dapat mengirim komentar.